Tarikh : 10 Mac 2007
Waktu : 3.30 petang
Tempat : Kedutaan Besar Malaysia, Paris
Encik Tye Soon Kwai,
Presiden, Malaysian Association in France,
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati,
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Tye, kerana telah sudi menjemput saya ke Mesyuarat Agong Tahunan, Persatuan Rakyat Malaysia di Perancis (Malaysian Association in France – MAF) pada petang ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada MAF kerana berjaya menganjurkan Mesyuarat Agongnya bagi tahun 2007/2008, yang menggambarkan pertubuhan MAF yang aktif di dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya.
Penghargaan saya juga ditujukan kepada Kapten Khairuddin Mohd. Arif serta bekas Atase Pertahanan, Kapten Musa Omar kerana menjalankan tugas sebagai wakil dan “suara” saya ke mesyuarat-mesyuarat yang dianjurkan oleh MAF.
Bagi mereka yang telah menghadiri perhimpunan sempena Tahun Baru Cina yang dikelolakan oleh MAF pada 11 Februari 2007 yang lalu, saya telah memaklumkan bahawa keadaan di Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi adalah sangat memberangsangkan. Buat pertama kalinya, dagangan luaran (external trade) Malaysia mencecah lebih 1 trillion ringgit, yang mencerminkan pembangunan ekonomi negara kita. Keadaan politik di negara kita pula adalah stabil dan aman.
Malaysia’s GDP growth is projected to grow 5.5% this year to 5.6% next year amid a likely slowdown in the US economy. The growth is expected to be driven by the strengthening of the ringgit, improved business confidence and foreign direct investment, and increase in productivity. Towards this end, the government had established a committee to reduce red-tape. YAB Prime Minister has also emphasized on improving the delivery system, including counter services.
Even though our stock market last week suffered its biggest one-day decline since September 2001 following a major sell-off in China, the Prime Minister has assured that there was no need to worry given the investors’ confidence in the local bourse. Our economic fundamentals are strong and intact as evident in the progress of the market since the sell-off. This aside, Malaysia even recorded a trade surplus of RM6.61 billion in January 2007, making it the 111th consecutive month of monthly trade surplus.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Sebagaimana juga anda sedia maklum, pada tahun ini Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-50 serta menyambut ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Perancis. Dalam pada itu juga, tahun 2007 ialah Tahun Melawat Malaysia.
Acara-acara untuk menyambut ulangtahun ke-50 ini akan menumpukan kepada perpaduan. Seperti tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, kerajaan kita sentiasa menitikberatkan perpaduan negara yang menjadi tulang belakang pembangunan negara kita.
Pelbagai jenis aktiviti telah diatur sepanjang tahun ini di Perancis termasuklah Bazaar Perwakilan Amal pada 19 Mei 2007, Hari Keluarga sempena ulangtahun DYMM Agong pada 2 Jun 2007, dan promosi minggu Malaysia atau Kg. Malaisie pada 14-17 Jun 2007. Promosi Kg. Malaisie tersebut akan dikelolakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dengan kerjasama pihak berkuasa Perancis.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru penyertaan aktif tuan-tuan dan puan-puan dalam program-program yang saya nyatakan sebentar tadi. Tuan-tuan dan puan-puan juga bolehlah membawa rakan-rakan dari Malaysia serta dari Perancis (sekiranya berkenaan) untuk turut serta di dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Saya juga akan memaklumkan kepada MAF mengenai perkembangan aktiviti-aktiviti baru dari masa ke semasa.
Dalam hal ini, saya ingin menyarankan kepada tuan-tuan dan puan-puan mengenai betapa pentingnya untuk kita bekerja sebagai satu pasukan dan mengamalkan perpaduan. Keharmonian dan perpaduan masyarakat kita akan mengharumkan nama baik Malaysia di kalangan orang ramai di Perancis. Kami di Kedutaan memerlukan sokongan anda dan saya amat berharap supaya MAF dan Kedutaan dapat berusaha dengan lebih erat di dalam hal ini.
Saya juga mengharapkan agar MAF dapat menumpukan lebih perhatian kepada aktiviti-aktiviti yang berbentuk amal, terutamanya bagi membantu rakyat-rakyat Malaysia yang mendapat kesusahan atau kesulitan semasa mereka berada di Perancis.
MAF merupakan satu organisasi sukarela dan saya menghargai segala usaha serta pengorbanan dari segi masa dan tenaga yang telah diberikan oleh ahli-ahli MAF. Oleh sebab itu, saya berharap supaya MAF tidak terlalu “over-ambitious” di dalam merancang aktiviti-aktivitinya yang akan datang. Saya ingin melihat supaya aktiviti-aktiviti MAF mendapat sambutan daripada seramai mungkin rakyat Malaysia yang menetap di sini.
May I conclude by wishing you all the best in your Annual General Meeting (AGM). I am looking forward to working together with you in promoting Malaysia in France.
Sekian, terima kasih. |