Ucapan oleh TYT Dato’ S. Thanarajasingam Duta Besar Malaysia ke Perancis di Hari Keluarga, Kedutaan Besar Malaysia, Paris
Tarikh : 7 Jun 2007
Waktu : 12.30-5.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan Moulin, Gif-sur-Yvette
Yang Berbahagia, Encik Michel Bournat,
Datuk Bandar Gif-sur-Yvette, Tuan Yang Terutama, Encik Kenneth J. Luis,
Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO
Yang Berbahagia, Kepten Khairuddin Mohd Arif,
Atase Pertahanan Kedutaan Besar Malaysia di Perancis,
merangkap Pengerusi Hari Keluarga Malaysia 2008
Encik Tye Soon Kwai,
Presiden, Malaysian Association in France (MAF)
Ahli-ahli Jawatankuasa Hari Keluarga Malaysia 2008, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.
Selamat petang dan salam sejahtera!
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana telah sudi untuk meluangkan masa bersama-sama pihak Kedutaan untuk meraikan Hari Keluarga Malaysia 2008, sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang diPertuan Agong pada hari ini.
Ladies and Gentleman,
Last March, Malaysians went to the polls and exercised their right to vote, without fear or favour. You are all aware of the results. With the elections over, our elected representatives are busy advancing our collective well-being and prosperity.
This is particularly important given the challenges confronting the global economy of which we are a part of – from the financial turmoil in key economies to the escalating food and fuel prices. Yesterday, the price of oil rose by US$11 dollars, the biggest one day increase in 24 years. No country, be it France or Malaysia or any other developed or developing country can be immune to these dramatic surges. We are all affected in one way or other.
Malaysia’s economic fundamentals remain sound under the steady stewardship of Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi; with a GDP growth anticipated at five percent this year, compared to 6.3 percent last year. The government continues to be business-friendly and remains resolute in improving the public delivery of public services. The recent economic initiatives and measures introduced by the Government would make Malaysia's economy more efficient and dynamic as we continue to address the challenges to our growth and prosperity.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, dalam titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda hari ini, Baginda telah menyeru agar rakyat Malaysia bersabar dan bertindak bijak dalam menghadapi krisis kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak.
Seri Paduka Baginda juga bertitah dan mencadangkan supaya kita mengubah gaya hidup kita bagi memastikan tekanan daripada masalah tersebut dapat dikurangkan. Seri Paduka Baginda juga percaya bahawa berkat kesabaran dan kebijaksanaan kita, masalah ini akan sama-sama diatasi dan rakyat Malaysia akan bertambah matang dan kuat untuk menjalani kehidupan seterusnya
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Saya juga ingin menyarankan kepada tuan-tuan dan puan-puan mengenai betapa pentingnya untuk kita bersatu padu dan mengekalkan perpaduan terutamanya bila berada di luar negara. Anda semua adalah merupakan wakil negara dan merupakan tingkap kepada dunia luar untuk mengharumkan nama baik Malaysia di kalangan orang ramai bukan sahaja di Perancis, malah dimana-mana kita berada.
Sebelum saya mengundur diri, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa Hari Keluarga Malaysia 2008 dan ahli-ahli Persatuan Rakyat Malaysia di Perancis (MAF) kerana telah bersama-sama berusaha untuk menganjurkan Hari Keluarga Malaysia pada tahun ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada Encik Michel Bournat, Datuk Bandar Gif-sur-Yvette serta pasukan beliau yang telah membenarkan kegunaan kompleks sukan Gif-sur-Yvette untuk penganjuran Hari Keluarga Malaysia 2008 pada hari ini.
Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat bergembira bersama keluarga dan kakitangan Kedutaan melalui aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan pada petang ini.
Dengan ini, sukacita saya merasmikan Hari Keluarga Kedutaan Besar Malaysia 2007.
Sekian, terima kasih.
Malawakil Paris
7 June 2008
|